Mental Maths Bee
Pertandingan Cerdik Congak (PCC) adalah suatu pertandingan tahunan bagi peringkat kebangsaan bagi penyertaan daripada sekolah-sekolah dan persendirian bagi kategori 7-8 tahun, 9-10 tahun dan 11-12 tahun. PCC 2026 atau Mental Maths Bee 2026 ini merupakan pertandingan yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.
PCC merupakan suatu pertandingan yang diasaskan oleh Buruj Kids Sdn. Bhd. dan ArdentEdu, iaitu gabungan dua syarikat edupreneurship di Malaysia. Ia diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat pelajar dan menyahut cabaran congak (mental math) yang mencetuskan jawapan kepada soalan-soalan matematik dalam masa yang pantas. Ia juga bertujuan mengetengahkan congak (mental math) kepada umum bahawa ianya juga merupakan suatu cabang matematik yang penting untuk mengasah cara pemikiran yang pantas dan tepat bagi menyelesaikan masalah-masalah harian.
PCC adalah sesuai disertai oleh semua pelajar sekolah rendah di antara umur 7 hingga 12 tahun. Para pelajar hanya perlu tahu asas matematik tambah, tolak, darab dan bahagi mengikut buku-buku matematik Tahun 1 hingga Tahun 6 dan bahan bacaan yang diberikan di laman web rasmi PCC2026.
“Kombinasi strategi kognitif yang meningkatkan pemikiran fleksibel dan akal. Ianya adalah mengira secara mental tanpa menggunakan alat bantu luaran. Ini meningkatkan kelancaran komputasi dengan mengembangkan kecekapan, ketepatan, dan fleksibiliti “.
Semua peserta akan menerima e-Sijil Penyertaan dan bahan bacaan. Para peserta Pusingan Akhir akan menerima Sijil Honourable Mention manakala pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori akan menerima Pingat Emas, Perak dan Gangsa.