burujkids@gmail.com +(60)12 301 9898

Pertandingan Cerdik Congak

Mental Maths Bee

Mengenai

Maklumat mengenai PCC2026

Pertandingan Cerdik Congak (PCC) adalah suatu pertandingan tahunan bagi peringkat kebangsaan bagi penyertaan daripada sekolah-sekolah dan persendirian bagi kategori 7-8 tahun, 9-10 tahun dan 11-12 tahun. PCC 2026 atau Mental Maths Bee 2026 ini merupakan pertandingan yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.


PCC merupakan suatu pertandingan yang diasaskan oleh Buruj Kids Sdn. Bhd. dan ArdentEdu, iaitu gabungan dua syarikat edupreneurship di Malaysia. Ia diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat pelajar dan menyahut cabaran congak (mental math) yang mencetuskan jawapan kepada soalan-soalan matematik dalam masa yang pantas. Ia juga bertujuan mengetengahkan congak (mental math) kepada umum bahawa ianya juga merupakan suatu cabang matematik yang penting untuk mengasah cara pemikiran yang pantas dan tepat bagi menyelesaikan masalah-masalah harian.


PCC terdiri daripada dua pusingan iaitu (1) Pusingan Awal dan (2) Pusingan Akhir.

Objektif

Objektif Pertandingan

Berikut adalah objektif Pertandingan Cerdik Congak dianjurkan

Siapa yang sepatutnya menyertai pertandingan PCC ini?

PCC adalah sesuai disertai oleh semua pelajar sekolah rendah di antara umur 7 hingga 12 tahun. Para pelajar hanya perlu tahu asas matematik tambah, tolak, darab dan bahagi mengikut buku-buku matematik Tahun 1 hingga Tahun 6 dan bahan bacaan yang diberikan di laman web rasmi PCC2026.


Kategori

Terdapat tiga kategori: 7-8 tahun, 9-10 tahun dan 11-12 tahun

Bahasa

Pertandingan akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Kelebihan

Kelebihan Pertandingan

Apakah itu congak (mental maths) dan kenapa para pelajar patut menyertainya?

  • "Kombinasi strategi kognitif yang meningkatkan pemikiran fleksibel dan akal. Ianya adalah mengira secara mental tanpa menggunakan alat bantu luaran. Ini meningkatkan kelancaran komputasi dengan mengembangkan kecekapan, ketepatan, dan fleksibiliti ".

  • Congak (mental maths) adalah kemahiran yang membolehkan orang melakukan matematik "di kepala mereka" tanpa menggunakan pensil dan kertas atau kalkulator.

  • Congak (mental maths) berguna di sekolah dan kehidupan seharian.

  • Congak (mental maths) dapat membantu pelajar-pelajar memahami konsep matematik dengan lebih baik dan mendapatkan jawapan dengan lebih cepat.

Hadiah

Hadiah Pertandingan dan Sijil

Semua peserta akan menerima e-Sijil Penyertaan dan bahan bacaan. Para peserta Pusingan Akhir akan menerima Sijil Honourable Mention manakala pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori akan menerima Pingat Emas, Perak dan Gangsa.

Pendaftaran

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!

Pendaftaran untuk Pertandingan Cerdik Congak 2026 (PCC2026) telah dibuka secara rasmi sekarang! Setiap peserta diperlukan mendaftar dan membayar yuran penyertaan sebanyak RM30 di laman web atau perbankan internet.


Link Pendaftaran

Yuran

RM 30.00

Yuran Pendaftaran

Burujkids Sdn. Bhd. (No. akaun Bank Maybank: 562508590119)

Pembayaran boleh dibuat secara online transfer, OnPay atau melalui mesih deposit tunai

Hubungi

Hubungi Kami

Segala pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi kami di.

Our Address

Sekretariat Pertandingan Cerdik Congak,
Burujkids Sdn. Bhd.,
Lot 13-3, Selayang 18, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.

Email Us

burujkids2@gmail.com

Call Us

+(60)12 301 9898 @ 012-2953445